Uploader: George
Country: Spain
Uploaded: Aug 03, 2018
Price: Free
Rating: Based on 1 user ratings

Please, verify you are not robot to load rest of pages

download kitab tauhid zindani pdf

Siri Rujukan Cepat Tarbiyah
Diringkas & disaring daripada
Kitab Tauhid az-Zindani
Penyusun: EbookTarbiyah.Com
AKIDAH
Siri #1
AKAD PEMBELIAN
1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK
INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN
ISI KANDUNGAN EBOOK.
2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK
INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:
RM4.50 SAHAJA KEPADA
AKAUN MAYBANK 164799081505
(AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected]
Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website
EbookTarbiyah.Com
3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK
INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.
4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI
SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG
KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN
BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.
5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI,
AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD
PEMBELIAN INI.
SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. 
Tarbiyah Made Easy!!
2
KATA PENGANTAR
‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬
Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu
para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas
ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian.
Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya
jua ebook “Ilmu Tauhid & Ma’rifatullah” ini berpeluang
untuk dizahirkan dihadapan pembaca.
Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Pertama
daripada beberapa lagi siri ringkasan terhadap Kitab Tauhid
az-Zindani.
Kitab Tauhid Az-Zindani
Kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh
Abdul Majid az-Zindani ini memang
sesuai dijadikan bahan asas dalam
memahami ilmu tauhid (merangkumi
akidah dan Rukun Iman) di tahap
pemulaan Tarbiyah Islamiyah
Tarbiyah Made Easy!!
3
Kitab Tauhid az-Zindani dibahagikan kepada 3 jilid:
• Jilid 1 terdapat 16 Fasal
• Jilid 2 terdapat 17 Fasal
• Jilid 3 terdapat 14 Fasal
Pendekatan Kitab ini.
Syeikh Abdul Majid menggunakan beberapa pendekatan
dalam mengarang Kitab ini:
• Berinteraksi dengan pembaca secara soal jawab
dalam membahaskan topik-topiknya.
• Soalan-soalan dijawab dengan ringkas, menggunakan
contoh-contoh berupa analogi, mengajak berfikir
dan merenung penciptaan alam dan diri manusia
(dalil ‘aqli), serta dilandasi dalil-dalil Al-Quran dan
As-Sunnah (dalil naqli).
• Melebihkan takwin (pembentukan) daripada taalim
(pengajaran). Ini dilihat apabila fakta-fakta tidak
terus diberikan, sebaliknya pembaca dibimbing
untuk
memahami
kaedah-kaedah
ke
arah
kesimpulan tersebut.
Contoh;Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ was
Shifaat Allah SWT, dibentuk melalui jalan berfikir
tentang penciptaan alam dan diri manusia. Setelah
itu, barulah disimpulkan dengan ayat-ayat Al-Quran
atau Hadis.
Tarbiyah Made Easy!!
4
Ini dilihat selari dengan firman Allah SWT:
ÇÆ ÅÄÃÂÁ À
Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È
ÔÓ
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda
kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam
yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka
sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka
bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup
(bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan
menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
(Fushilat 41: 53)
Kenapa Ebook ini Ditulis?
Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Tauhid
yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama
dengan membaca ringkasan.
Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti
di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan